Thursday, June 11, 2009

Sunday, August 17, 2008

JAMUAN TERBUKA SEMPENA HARIRAYA AIDILFITRI 1429

Assalamualaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan kepada ahli-ahli / bekas pelajar bahawa PBEPSSA akan menganjurkan majlis di atas seperti berikut:
Tarikh : 4 Oktober 2008/ 4 Syawal 1429 ( Sabtu)
Masa : 2.00 - 7.00 petang
Tempat : Perkarangan Masjid Simpang 4,
Labu Kubong, Ch. Balai.

Note: Majlis TERPAKSA diadakan di mesjid kerana pihak pentadbiran SMKSA Ch Balai TIDAK MEMBENARKAN kita menggunakan premis sekolah melalui surat yg bertarikh 15/08/2008.

Semua ahli dan bekas pelajar bersama keluarga dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui sempena cuti hari raya pada hari tersebut.

Adalah diharapkan pemberitahuan awal ini bagi membolehkan tuan/puan merancang cuti hari raya lebih awal supaya lebih ramai boleh menyertai majlis tersebut.

Tuan/puan juga boleh memberikan sumbangan kepada PBEPSSA untuk menjayakan majlis tersebut. Semua sumbangan seperti cek/kiriman wang hendaklah ditulis atas nama Pers. Bekas Pelajar SMK Sultan Abdullah, Ch. Balai dan disampaikan kepada Bendahari PBEPSSA, Parit 1/6R. Labu Kubong, 36600 Chenderong Balai, Perak(U.P: Tn. Hj. Mohd Yunus b. Mahyudin) atau dimasukkan terus ke akaun PBEPSSA iaitu RHB Bank No. Akaun 20825600017316.

Diharapkan juga agar tuan/puan dapat menghebahkan perkara ini kepada rakan-rakan seangkatan supaya boleh hadir beramai-ramai pada majlis tersebut. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan majlis ini dapat dijayakan.

Sekian dimaklumkan.

Kusaini Pangat
YDP, PBEPSSA

No comments:

Post a Comment