Thursday, June 11, 2009

Mesyuarat AJK ke-3

Mesyuarat berjalan lancar di rumah Hjh Paridah Itam (SU).walaupun pada mulanya dijadualkan di Rumah Rehat Tk Intan.Saya telah tersasar ke sana.Kehadiran hanya memenuhi korum iaitu YDP,SU,Bendahari,saya,Mariani,Azmiatul,Salmiah dan Yusof .Sesampai di sana kami dijamu dengan sedikit juadah.Nasi lemak,sambal udang (+petai),masak lemak cendawan kukur,pulut sarawak,kuih koci,apam,durian dan rambutan.Paling best buah rambutan...rangup dan manis.
Mesyuarat berjalan begitu harmoni. Postmortem jamuan makan malam secara keseluruhan berjaya dan memuaskan .Tiada komen negatif diterima kecuali satu...(kalau nak tahu tanya YDP).Lapuran kewangan baik, terperinci,tersusun dan telus.Syabas bendahari!!
YDP pulak nak minta cuti sehingga tamat tempoh.Saudara NYDP minta bersedia pangku tugas.Ada projek besar nak kita buat.Nak bawa hishamudin menteri pelajaran kemajlis pbepssa.Butiran lanjut tanya YDP.Saya yakin saudara NYDP mampu merealisasikan projek ini.Mesyuarat berakhir jam 1300hr.Sebelum pulang kami makan tengahari ,nasi masakan Azmiatul. Sekian .

No comments:

Post a Comment