GAMBAR KENANGAN
4 gambar diatas menceritakan bagaimana bermulanya PBEPSSA yang ada pada hari ini.. Moto kita "Sekali mara, terus mara". "Genggam bara api, biar sampai jadi arang"
INFO TERKINI
Mulai hari ini saudara/i boleh mengemukakan cadangan,pandangan,komen dan apa saja berkaitan PBEPSSA terus kepada AJK untuk diperinci,dipertimbang dan dilaksanakan sekiranya dipersetujui oleh AJK melalui SUDUT INTERAKTIF yang terletak di "side bar". Saudara/i hanya perlu klik pada message dan menaip cadangan, pendapat dan komen saudara/i diruangan yang disediakan,kemudian masukkan nama saudara/i diruangan "name" dan klik "go".
Permohonan menjadi ahli secara online sedang diusahakan dan dalam percubaan. Saudara/i diminta mendaftar dgn meng"klik" di Klik di sini dibawah permohonan menjadi ahli. Apabila paparan FormLogix muncul klik dibahagian add entry dan borang pendaftaran akan muncul di sebelah kanan .Isikan borang tersebut dan summit. Hasilnya saudara/i boleh lihat di paparan FormLogix.Untuk makluman borang itu baru separuh siap.Ini saya sedang buat "Trial Run"...banyak lagi perlu diperbetulkan.
KEPADA YDP / SETIAUSAHA
Harap dapat masukkan perlembagaan PBEPSSA serta gambar-gambar berkaitan keruangan ini.Saya tak ada gambar semasa di Pasir Salak , Majlis Kurban dan Mesyuarat Agong Pertama dulu.Kalau gambar-gambar nostalgia masa sekolah dulu pun saya minta masukkan juga.
Sekian .Wassalam.
SEJARAH PBEPSSA
Lanjutan dari tulisan DrH, disini saya ingin membuat penjelasan agar semua pengunjung mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah Chenderong Balai atau nama ringkasnya PBEPSSA telah didaftar pada 24 September 2007, dengan no pendaftaran: 1887-07-PRK.
Apa matlamat/ objektif penubuhan?
1. Mengumpul serta mengeratkan silaturrahim di kalangan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak (SMKSACB) sejak ia ditubuhkan pada tahun 1964 serta ahli keluarganya.
2. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat bekas pelajar SMKSACB.
3. Berkerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah SMKSACB dalam menjayakan visi dan misi pendidikan negara.
4. Membantu pelajar-pelajar SMKSACB yang memerlukan bantuan mengikut kemampuan persatuan.
5. Mewujud dan menguruskan dana untuk kebajikan ahli-ahli persatuan yang memerlukan.
Siapa yang layak menjadi ahli?
Keahliannya terbuka kepada semua bekas pelajar yang pernah belajar di SMKSACB, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan menjadi ahli, tanpa mengira jantina, bangsa, agama anutan dan tempat bermastautin.
Siapakah peneraju BPEPSSA?
Ahli Jawatankuasa akan dilantek/ dipilih dalam mesyuarat agung dwitahunan.
Untuk penggal 2007/2009, PBEPSSA diterajui oleh;
1. Yang DiPertua - En. Kusaini bin Pangat
2. Naib Yang DiPertua - Tn Hj Jamaludin bin Hj Jali
3. Setiausaha - Hjh Paridah bt Hj Itam
4. Timbalan Setiausaha - En Zaini bin Shuhot
5. Bendahari - Tn Hj Muhamad Yunus bin Mahyuddin
6. Ahli Jawatankuasa - Pn Hjh Salmiah bt Aton
7. - sda - - Tn Hj Muhibah bin Ardani
8. - sda - - En. Noordin bin Mukhtadi
9. - sda - - Mejar (B) Tn Hj Abdullah bin Masnan
10. - sda - - Pn Azmiatul Khairiah bt Mohd Yusoff
11. - sda - - Tn Hj Yusoff bin Said
12. - sda - - Pn Mariani bt Khalid
13. - sda - - Dr. Hamzah bin Awang
14. - sda - - En Azhari bin Omar
15. - sda - - En Shuaib bin Shaari
Manakala pemeriksa kira-kira;
1. Pn Aishah bt Nadzri
2. Tn Hj Rahman bin Dahalan
( Nombor h/p tidak dapat saya siarkan tanpa kebenaran pemiliknya)
Apa aktiviti-aktiviti PBEPSSA?
AJK telah, sedang dan merancang beberapa aktiviti-aktiviti untuk mencari dana persatuan, diantaranya mengadakan majlis makan malam yang dijangka akan diadakan pada 07 June 2008 dimana kupon berharga RM30 satu kerusi atau RM240 satu meja sedang dalam pasaran sekarang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Dewan Ibnu Sina, SMKSA dimana antara tetamu kerhormat yang akan dijemput adlah YAB Menteri Besar Perak, ADR Pasir Salak, ADUN Sungai Manik dan juga bekas-bekas pengetua.
Selain dari itu, kita sedang merancang beberapa aktiviti yang mana akan disiarkan di blog ini dari masa ke semasa.
Bagaimana PBEPSSA dapat dihubungi?
Kami boleh dihubungi;
1. Melalui halaman blog ini.
2. Melalui email: pbepssacb@yahoo.com.my
3. Melalui surat
InsyaAllah, kita boleh guna blog ini untuk berinteraksi dikalangan ahli-ahli disamping memberikan idea-idea bagaimana mahu menyatukan bekas pelajar juga idea-idea untuk memajukan persatuan demi untuk kebaikan kita bersama. Kalau tidak kita yang memulakan, siapa lagi?.
Thursday, April 24, 2008
PERTEMUAN JEJAK SAHABAT
Shah Alam, 24 April 2008. Satu pertemuan dengan seorang sahabat sewaktu bersama di SK Chenderong Balai yang terpisah sejak 1969 (38 tahun), Baharin Daud telah diadakan malam tadi sebuah Restoran di Shah Alam. Aktiviti "jejak sahabat" memang telah dimulakan semenjak saya pulang dari Sabah pada tahun akhir 1999. selain dari mencari sahabat, ia juga memenuhi tuntutan agama. Diantanya hadis yang menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari).
Turut hadir dalam pertemuan itu Ramli Musa, Ahmad Zainudin Kamsah, Hassan Basri (Jo) dan Hj Basri Hamzah. Dalam pertemuan yang agak meriah, berbagai topik yang telah dibualkan dari kisah mandi dalam parit besar depan SK Chenderong Balai, kisah kena tempeling menggunakan 2 jari (jari telunjuk + jari hantu) olih cikgu Jamaludin yang bersuara kecik, kisah kena denda kerana tak solat Jumaat di mesjid Labu Kubong sehinggalah kekisah tsunami politik negeri "Perak the land of grace" pada PRU12 lalu yang tanpa diduga telah jatuh ketangan PR dengan majoriti 2 kerusi. Ramai yang duka, ramai yang suka dan ada yang terpinga-pinga. Apapun keadaannya, kita kena terima itulah realiti/ risiko berpolitik yang perlu kita hadapi dengan berlapang dada. Orang tua-tua ada berkata "Kalau takut dilabong ombak, jangan berumah ditepi pantai"
Kami tidak mahu mengulas pasal perasaan rakyat negeri Perak TETAPI topik hangat perbualan kami ialah mengenai "Yang Berhormat (YB) InWaiting". Kami rasakan sudah sampai masanya bekas pelajar SMKSACB yang berkemampuan tampil untuk memimpin masyarakat Chenderong Balai sebagai tanda "membalas budi". Ramai diantara kita yang sudah "establish dan punya kualiti kepimpinan" harus diketengahkan di PRU13.
Walaupun PBEPSSA bukan pertubuhan politik dan tidak mahu dipolitikkan, TETAPI PBEPSSA tidak mempunyai kuasa untuk menyekat ahli-ahlinya untuk bergiat cergas didalam mana-mana parti politik yang berdaftar sah di Malaysia. Olih itu, kami menyeru kepada mereka-mereka lepasan SMKSASB untuk tampil kehadapan bagi tujuan membantu membangunkan masyarakat Chenderong Balai khasnya dan Pasir Salak amnya.
Pertemuan hampir 3 jam malam semalam, dimana setiap seorang kami (penganalisa politik warong kopi) menghirup 2 gelas kopi setiap seorang berakhir dengan satu penantian, siapakah "YB InWaiting".
Wednesday, April 23, 2008
Gambar-gambar mesyuarat kedua AJK pada hari Sabtu , 14.04.2008 di SMKSACB
Saudara Kusaini "khusyuk" mendengar hujjah saudara Muhibbah ( tak ada dalam gambar) sementara saudari Faridah nampaknya macam dah mula berminat.DrH masih tak kelihatan.
Saudara Muhibbah begitu serius sekali mengemukakan hujjahnya. DrH masih tak kelihatan.
Mesyuarat sedang dijalankan. Saudari Faridah khusyuk .Saudari Salmiah mencatat sesuatu sementara saudari Azmiatul memasang telinga. Inilah wakil wanita yang hadir.DrH tak kelihatan juga . Dia jadi jurugambar !
Monday, April 21, 2008
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN
Disekitar tahun 2000, yang pastinya selepas PRU10 saudar Kusaini tiba-tiba muncul di klinik saya. Saya berasa amat terharu kerana selepas kira-kira 25 tahun tidak bertemu dengan tidak disangka-sangka sahabat baik saya semasa di alam persekolahan ini menjelma semula. Pada masa itu beliau baru pindah dari Sabah ke Melaka.
Kami saling bertanya khabar dan berbual mengimbau masa silam. Seronok sekali…tetapi ianya berakhir begitu pantas …tak puas rasanya.
Selang beberapa bulan saya berkunjung pula ke rumahnya di Teluk Mas atas urusan “ Gerakan Reformasi” .
Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memaklumkan kepada saya. Seterusnya beliau bertugas di Indonesia.
Kami terputus hubungan seketika . Saya cuba menghubungi saudara Kusaini beberapa kali tetapi jawapan yang saya terima adalah , “ The number you have dialed is not in service”. Kini saya tahu jawapannya ... dia ni memang suka menukar sim card…tidak seperti saya yang tidak berminat menukar sim card. No telefon saya sekarang sudah berusia 12 tahun , 3 tahun lebih tua dari anak bongsu saya.
Pada awal tahun 2006 saudara Kusaini menziarahi saya sebagai seorang sahabat disamping ingin mendapatkan khidmat nasihat kesihatan. Ketika itu saya ada menyarankan kepadanya supaya mengadakan reunion dengan rakan-rakan lama dari SMKSA. Beliau bersetuju dan akan berusaha menghubungi rakan-rakan lama.
Hampir setahun kami tidak berkomunikasi…sehingga pada satu hari saya terima panggilan daripada saudara Kusaini. Beliau menyatakan beliau sudah dapat menghubungi beberapa orang kawan aranya Ismail Razak,Fatimah Sham Abdullah, Basri Hamzah, Zaini Suhot,Zaini Sabran, Azhari Omar danYunus Kasir. Saya pula ada bertemu dengan Ishak Ahmad di Melaka.
Berikutan dari itu satu pertemuan dijadualkan untuk merealisasikan hasrat murni ini. Pertemuan diadakan pada 21 Julai 2007 di pejabat Basri Hamzah yang menjadi pengurus di Lembaga Getah Malaysia. Kami membincang dua perkara sekali gus iaitu reunion dan penubuhan PBEPSSA.
Reunion telah diadakan pada 2.9.2007 di Kg Gajah. Pada bulan Oktober pendaftaran persatuan diluluskan dan mesyuarat agong pertama telah diadakan pada hari ketiga raya haji 1428H . Ibadat qurban juga telah diadakan pada hari yang sama.
No comments:
Post a Comment